LAMBANG SEKOLAH
KEBANGSAAN PASUKAN POLIS HUTAN

Logo sekolah
Lencana sekolah berukuran 2.2 cm x 3.2cm. Setiap warna dan logo yang terdapat pada lencana sekolah mempunyai maksud yang tersendiri seperti berikut:

Kunci  - Ilmu adalah kunci yang paling utama dalam pendidikan

Buku  - Sumber utama ilmu yang dipelajari.

Obor/cincin1 - Aspek pendidikan disekolah (akademik, sahsiah , kokurikulum)

Warna Biru - Warna sekolah

Kuning  - Dibawah naungan Tuanku

Putih  - Bersih
 
 
 

BENDERA SEKOLAH

saiz bendera sekolah adalah 93 cm x 186cm. Ia berlatarbelakangkan warna hijau yang melambangkan warga sekolah ini sentiasa bergerak ke arah menjayakan duri. Lencana sekolah diletakkan ditengah-tengah.
 

COGAN KATA SEKOLAH

     " JAYAKAN DIRI"

'Jayakan Diri' adalah slogan ang sengaja dicipta untuk Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan,
Ulu Kinta sebagai lambang kejayaan keseluruhan sekolah ini yang merangkumi beberapa aspek
seperti berikut
 

-        'Jayakan Diri' merupakan satu peringatan kepada semua individu di sekolah ini ( Guru
kakitangan dan murid ) supaya sentiasa bertekad untuk menuju kejayaan di dalam tugas yang
dilakukan dan diamanahkan demi kepentingan sekolah secara keseluruhan.

-        'Jayakan Diri juga merupakan kata-kata semangat yang dapat menyumbangkan kepada
kekuatan berfikir dan bertindak bagi sekolah ini. Bagi menguatkan keberkesannya, 'Jayakan Diri'
telah diambil sebagai tajuk lagi sekolah dan dinyanyikan dengan sepenuh semangat di dalam setiap
perhimpunan sekolah.

' Jayakan Diri adalah wawasan Sekolah Kebangsaan Pasuka Polis Hutan dimana sekolah
bertanggungjawab dan meletakkan setinggi-tinggi harapan bahawa setiap anak didik yang lahir dari
sekolah ini ke dunia luar menjadi orang yang berjaya, berjasa, berhemah tingi dan berguna kepada
diri sendiri, agama, masyarakat dan negara.
 
 

          




| ke atas |  | seterusnya |