Lencana sekolah berukuran 2.2 cm x 3.2cm. Setiap warna dan logo yang
terdapat pada lencana sekolah mempunyai maksud yang tersendiri seperti
berikut:
Kunci - Ilmu adalah kunci yang paling utama dalam pendidikan
Buku - Sumber utama ilmu yang dipelajari.
Obor/cincin1 - Aspek pendidikan disekolah (akademik, sahsiah , kokurikulum)
Warna Biru - Warna sekolah
Kuning - Dibawah naungan Tuanku
Putih - Bersih
saiz bendera sekolah adalah 93 cm x 186cm. Ia berlatarbelakangkan warna
hijau yang melambangkan warga sekolah ini sentiasa bergerak ke arah menjayakan
duri. Lencana sekolah diletakkan ditengah-tengah.
COGAN KATA SEKOLAH
" "
'Jayakan Diri' adalah slogan ang
sengaja dicipta untuk Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan,
Ulu Kinta sebagai lambang kejayaan keseluruhan sekolah ini yang merangkumi
beberapa aspek
seperti berikut
- 'Jayakan
Diri' merupakan satu peringatan kepada semua individu di sekolah
ini ( Guru
kakitangan dan murid ) supaya sentiasa bertekad untuk menuju kejayaan
di dalam tugas yang
dilakukan dan diamanahkan demi kepentingan sekolah secara keseluruhan.
- 'Jayakan
Diri juga merupakan kata-kata semangat yang dapat menyumbangkan
kepada
kekuatan berfikir dan bertindak bagi sekolah ini. Bagi menguatkan keberkesannya,
'Jayakan Diri'
telah diambil sebagai tajuk lagi sekolah dan dinyanyikan dengan sepenuh
semangat di dalam setiap
perhimpunan sekolah.
' Jayakan Diri adalah wawasan Sekolah
Kebangsaan Pasuka Polis Hutan dimana sekolah
bertanggungjawab dan meletakkan setinggi-tinggi harapan bahawa setiap
anak didik yang lahir dari
sekolah ini ke dunia luar menjadi orang yang berjaya, berjasa, berhemah
tingi dan berguna kepada
diri sendiri, agama, masyarakat dan negara.