Make your own free website on Tripod.com
PIAGAM PELANGGAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PASUKAN POLIS HUTAN
31150 ULU KINTA

| sejarah sekolah |  | piagam sekolah |

Kami warga Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan, 31150 Ulu Kinta dengan penuh tekad dan iltizam memenuhi setulus amanah dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga, fikiran dan usaha kami untuk:-






1.        Melaksanakan program pengajaran dan pembelajaran yang terkini berasaskan budaya ilmu yang diredhai Allah bagi memenuhi kehendak murid, ibubapa, masyarakat dan negara.

2.        Menentukan  program pengajaran dan pembelajaran selaras dengan falsafah pendidikan negara dan memberikan layanan yang saksama dan seimbang  kepada setiap murid tanpa megira budaya, agama dan keturunan mereka.

3.        Mengadakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang terkini, canggih dan berkesan serta menyediakan pengurusan yang cekap, bijaksana, bertimbang rasa, berketrampilan dan bersesuaian mengikut masa.

4.        Menyediakan guru dan staf sokongan yang berwawasan, amanah, berdisiplin aktif, proaktif, produktif dan bertangungjawab.

5.        Menentukan dan menyediakan kemudahan-kemudahan sekolah yang selesa dan selaras dengan konsep masarakat penyayang.

6.        Sentiasa peka dengan kehendak dengan keperluan murid, masarakat, guru, ibubapa dan negara dengan semangat akrab dan ikram

7.        Sentiasa menjaga nama baik sekolah dan memberi kerjasama yang padu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Kelompok dan Agensi-Agensi Kerajaan ang lain.

8.        Sentiasa mempertahankan maruah dan martabat keguruan berlandaskan suruhan Allah.

9.        Jika tuan/puan tidak berpuas hati, bolehlah melaporkan kepada pihak Pejabat Pendidikan  Daerah Kinta, Ipoh.
 

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."


| Ke atas