SEJARAH SEKOLAH.



| sejarah sekolah |  |  piagam sekolah |


    Pembinaan Sekolah kebangsaan pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta bermula pada tahun 1967 dan siap untuk diguna pada 6 Mei, 1968,. Ianya dibina diatas tapak seluas lebih kurang 3 ekar yang diberi percuma oleh pihak Briged Utara Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta.

Pada permulaannya sekolah ini hanya mepunyai sebuah blok banggunan dua tingkat dan sebuah kantin. Tenaga guru dan kakitangan bukan guru berjumlah seramai 17 orang. Jumlah murid seramai 465 orang yang dibahagikan kepada 11 kelas. 7 kelas disisi pagi dan 4 kelas di sisi petang. Tanggal 9 Mac ,1969 merupakan hari bersejarah kerana sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia, Encik mohamad Khir Johari. Pada 10 Jun 1969 tempat pancutan air telah dibina di tepi bangunan sekolah untuk mencantikkan kawasan sekolah. Perpustakaan pula dapat dijalankan dengan sepenuhnya pada 4 Julai 1969.

    Hasil daripada pertambahan murid, bangunan sekolah ini turut bertambah menjadi 3 blok bangunan bilik darjah. Sehingga kini jumlah murid adalah 1044 iaitu 533  di sesi pagi dan 511 di sesi petang. Untuk menampung jumlah murid seramai ini, pihak Jabatan Pendidikan Negeri meluluskan pembukaan 26 kelas. Murid-murid di sekolah ini terdiri daripda sebahagian besarnya adalah anak-anak anggota Pasukan Polis Hutan yang sekarang ini dikenali Pasukan Gerakan am. (PGA) Briged Utara.

    Seperti sekolah-sekolah lain, Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan mempunyai seorang Guru Besar, Penolong Kanan1, Penolong Kanan II, Penolong Kanan Kokurikulum dan Penyelia petang.
Sekolah juga dibekalkan dengan seorang Pembantu Tadbir, Pembantu Tadbir Rendah, Pembantu am Rendah dan 2 orang pekerja Rendah Am. Jawatan jaga sekolah ini masih kosong. Di pihak guru pula, sekolah ini ada tenaga pengajar seramai 46 orang iaitu berlebihan 3 orang berdasarkan perjawatan yang diluluskan.

    Pada bulan Mei 1997, Encik Anuar bin Saad telah melaporkan diri sebagai Guru Besar hingga ke hari ini.




| ke atas